Minit Mesyuarat Kali Ke-4 2010

Tarikh        :    23 November 2010
Masa        :    8.30 pagi
Tempat        :    Bilik Makmal Komputer

Kehadiran    : 
Tn. Hj. Md Ibharim b. Arrafin – Guru Besar
Pn. Hjh. Rahimee bt. Jambi – PK Kokurikulum
Pn. Rosnida bt. Hassan – PK Pentadbiran
En. Ahmad Razman b. Mohd Radzi
Pn. Hjh Aishah bt Shahid
Pn. Aida Suriati bt. Safie
En. Hashimi b. Abdul Karim
En. Jamil b. Rashid Ali
En. Mohd Basri b. Mohd Robariee
Pn. Nora Hazlin bt. Mohamad Hashim
Pn. Norasiah bt. Mat Kassim
Pn. Nurul Ashikin Ranjitha bt. Abdullah
Pn. Rohana bt. Abdullah   
Pn. Rohani bt. Mohd Gaus
Pn. Hjh. Rosidah bt. Ahmad
Cik Rosmiati bt. Abdul Razak
Pn. Siti Aishah bt. Ahmad
Pn. Syakirah bt. Omor
En. TS Teh Tzong         
Pn. Wan Zainab bt. Mehamad Nor
Pn. Zainizawati bt. Abdullah

Tidak Hadir    : 
Pn. Fatimah Nor bt. Mohd Redan – PK HEM
En. Aliffaizul b. Jusof
                       
AGENDA


1.    Pengerusi – Guru Besar SK Perempuan, Padang Rengas
1.1    Majlis dimulakan dengan membaca Umul Kitab Al-Fatihah.
1.2    Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru dan staf bukan guru yang hadir.
1.3    Beliau memaklumkan Dasar Satu Murid Satu Sukan akan dilaksanakan mulai tahun 2011. Penglibatan ini lebih menjurus kepada penyertaan, penglibatan, pemahaman dan pengetahuan mengenai sukan berkenaan tanpa mementingkan prestasi mereka.
1.4    Dasar mengembalikan sukan di sekolah-sekolah bertujuan membawa balik budaya yang telah dilupakan akibat penekanan yang teramat sangat terhadap pencapaian akademik.

2.    Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat
Cadangan    :    En. Jamil b. Rashid Ali
Sokongan    :    Pn. Nurul Ashikin Ranjitha bt. Abdullah

3.    Laporan Post-mortem Kegiatan Kokurikulum Separuh Tahun Kedua 2010
3.1    Pn. Hjh Rahimee meminta guru-guru penasihat membentangkan post-mortem kegiatan kokurikulum untuk separuh tahun ke-2 di samping membuat cadangan penambahbaikan aktiviti kokurikulum untuk tahun hadapan.
3.2    Pencapaian Koakademik dan Kokurikulum bagi tahun 2010:-
3.2.1 Dirumuskan bahawa target kokurikulum pada tahun ini tidak tercapai.
3.2.2 Ketiga-tiga unit beruniform tidak diundang atau menyertai sebarang perkhemahan anjuran pihak luar di sepanjang tahun ini.
3.2.3 Pelaksanaan aktiviti unit beruniform dan persatuan hendaklah berpandukan sukatan (syllabus) yang dibekalkan.
3.2.4 Anjuran lawatan/pertandingan/aktiviti mesti bersertakan kertas kerja.
   
4.    Hal-hal lain
4.1    Pengumuman jadual pelaksaaan program sukan dan permainan sekolah sepanjang tahun:-

1.    Latihan rumah sukan – permainan    Jan, Feb, Mac, April, Mei
2.    Latihan rumah sukan – olahraga & merentas desa    Jan, Feb, Mac, April, Mei
3.    Kejohanan merentas desa sekolah    Mac
4.    Sukan tara    April, Mei
5.    Kejohanan olahraga sekolah    Jun, Julai
6.    Pertandingan antara rumah sukan – permainan    Julai, Ogos, Sept
7.    Pemilihan pasukan sekolah – permainan    Sept
8.    Program TID dan sukan untuk semua    Ogos, Sept, Okt
9.    Latihan pra musim persiapan pasukan sekolah    Okt, Nov
10.    Mesyuarat antara rumah sukan untuk sesi tahun berikutnya    Nov
11.    Mesyuarat AJK sukan sekolah untuk sesi tahun berikutnya    Nov

4.2    Pengumuman dan pengesahan senarai tugas guru dalam pengurusan kokurikulum tahun 2011 (sila rujuk buku panduan 2011 SKPPR).
4.3    Kad kokurikulum bagi tahun 2010 masih belum diterima walaupun tempahan telah dibuat.
4.4    Penetapan Hari Kokurikulum 2011 – Acara Kemuncak (Aktiviti 1 Murid 1 Sukan)
4.4.1 Pertandingan antara kelas/rumah/persatuan.
4.4.2 Peruntukan/kutipan wang diperlukan
4.5    Sukaneka yang bakal dilaksanakan ini tidak boleh dimasukkan ke dalam sukan tahunan sekolah (soalan kemukaan Cik Rosmiati).
4.6    Cik Rosmiati juga meminta agar wujudkan lorong lurus di padang untuk kegunaan larian murid-murid Prasekolah.
4.7    Pn. Hjh. Rosidah mengemukakan perihal tentang surat jemputan khas kepada ibu bapa murid ke hari-hari tertentu, anjuran sekolah.
4.8    Pengerusi meemaklumkan bahawa
4.8.1 Guru-guru penasihat setiap persatuan, unit berunifrom dan kelab/permainan mesti membuat TOV dan target individu untuk setiap murid.
4.8.2 Persediaan sepenuh daripada wakil-wakil sekolah supaya membuat persiapan yang mantap dengan harapan mereka yang dihantar bertanding dapat meraih kejayaan dan menang.
4.8.3 Perbanyakkan aktiviti dalaman dan pertandingan antara kelas.
4.8.4 Perancangan perlu dibuat pada awal tahun.
4.8.5 Guru-guru penasihat perlu peka terhadap tarikh-tarikh pertandingan.

5.    Penutup
5.1     Majlis diakhiri dengan bacaan Surah Al-Asr dan mesyuarat ditangguh pada jam 11.28 pagi.


Disediakan oleh,

……………………….……….………….….

(TS TEH )
Setiausaha Kokurikulum,
SK Perempuan, Padang Rengas


Disemak oleh,

.......................…………………………..

(RAHIMEE BINTI JAMBI)
Penolong Kanan Kokurikulum
SK Perempuan, Padang Rengas


Disahkan oleh,

………………………………………..…….

(MD IBHARIM BIN ARRAFIN)
Guru Besar
SK Perempuan, Padang Rengas