Minit Mesyuarat Kali Ke-3 2010

Tarikh                    :               27 Mei 2010
Masa                     :               2.00 petang
Tempat                   :               Bilik Makmal Komputer
Kehadiran           : 

Tn. Hj. Md Ibharim b. Arrafin – Guru Besar           (Penasihat)
Pn. Hjh. Rahimee bt. Jambi – PK Kokurikulum     (Pengerusi)
Pn. Rosnida bt. Hassan – PK Pentadbiran
Pn. Fatimah Nor bt. Mohd Redan – PK HEM
En. Ahmad Razman b. Mohd Radzi
Pn. Hjh. Aishah bt Shahid
Pn. Aida Suriati bt. Safie
En. Hashimi b. Abdul Karim
En. Jamil b. Rashid Ali
En. Mohd Basri b. Mohd Robariee
Pn. Nora Hazlin bt. Mohamad Hashim
Pn. Norasiah bt. Mat Kassim
Pn. Nurul Ashikin Ranjitha bt. Abdullah
Pn. Rohana bt. Abdullah        
Pn. Hjh. Rosidah bt. Ahmad
Pn. Siti Aishah bt. Ahmad
En. TS Teh
Pn. Wan Zainab bt. Mehamad Nor
Pn. Zainizawati bt. Abdullah
Pn. Noriah bt. Saidin
En. Mohamed Shapai b. Din
En. Sanrohimi b. Sepaat
Tidak Hadir          : 
En. Ahmad Razman b. Mohd Radzi
Pn. Rohani bt. Mohd Gaus                                           (Cuti Bersalin)
Cik Rosmiati bt. Abdul Razak
En. Hanif b. Mohd Rashid
En. Kamarzaman b. Ibrahim
En. Abo Bakar b. Mohd Nor
En. Sulaiman b. Abdul Hamid
                                                                                              
AGENDA

1.            Pengerusi – Guru Besar SK Perempuan, Padang Rengas

1.1 Majlis dimulakan dengan membaca Umul Kitab Al-Fatihah.
1.2 Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua guru dan staf bukan guru yang hadir.

2.            Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat

Cadangan            :               Pn. Hjh. Rosidah bt. Ahmad
Sokongan            :               Pn. Zainizawati bt. Abdullah

3.            Laporan Post-mortem Kegiatan Kokurikulum Separuh Tahun Pertama 2010
3.1 Pn. Hjh Raimee menjelaskan bahawa post-mortem ini diadakan bertujuan menganalisis kekuatatan, mengenal pasti kelemahan dan puncanya untuk menentukan strategi penambahbaikan bagi semester ke-2, khususnya dari aspek pencapaian prestasi sukan dan permainan.

3.2 Laporan daripada guru penasihat:-
i. Persatuan - BM/PJKR, BI, Sains & Maths, Pend. Islam/Jenayah, PSS, J-Qaf
ii.Unit Beruniform - Pengakap, PBSM, Puteri Islam
iii.Kelab/Permainan - Bola jaring, bola sepak, badminton, bola baling
iv.Pasukan Elit - Bola sepak, bola jaring, badminton, olahraga & catur    

3.3 Guru-guru penasihat bagi kelab/permainan bersetuju menjalankan aktiviti permainan di sebelah petang 1 jam setiap minggu, iaitu:-
i. Bola baling dan badminton – minggu genap
ii.Bola sepak & bola jaring – minngu ganjil (Minima waktu permainan ialah 12 kali)

3.4 Peruntukan masa untuk kegiatan kokurikulum seperti dalam Warta Kerajaan No. 5652 Jil. 11/Bil. 27
bertarikh 28 Disember 1967 adalah seperti berikut:
·         Tahun 3 & 4 – 60 minit seminggu
·         Tahun 5 & 6 – 120 minit seminggu

3.5 Aktiviti kokurikulum adalah sebahagian daripada kurikulum sekolah. Ia bertujuan menyediakan pelbagai
pengetahuan dan pengalaman untuk perkembangan mental, minat, bakat, jasmani, rohani dan pembentukan
nilai-nilai estetika serta social yang positif dalam diri murid.

3.6 Keselamatan murid perlu diutamakan sama ada sewaktu di kelas, padang mahupun tapak permainan.
Pastikan guru bertugas ada bersama dengan murid-murid yang terlibat.

3.7 Setiap persatuan, unit beruniform & kelab/permainan mesti ada TOV/target.

3.8 Guru Besar inginkan info papan kenyataan Kokurikulum dikemaskinikan.

3.9 Sewaktu latihan sukan, kunci stor sukan tidak boleh diambil terlebih dahulu dan sebaliknya diambil pada
sebelah petang sahaja.  

4.            Perbincangan tentang perihal Hari Keusahawanan

4.1 Pertandingan gubahan kraf di bawah kendalian pihak PIBG akan dibahagi kepada 2 kategori, iaitu
·         kategori murid (RM1/setiap pendaftaran)
·         kategori berbuka (RM5/setiap pendaftaran)

4.2 Modal hadiah untuk Pertandingan gubahan kraf adalah tanggungan PIBG dengan kutipan RM10 daripada
setiap ahlinya.

4.3 Murid-murid SKPPR yang menyertai Pertandingan Mewarna hanya akan dikenakan bayaran 50sen

6.            Penutup

6.1 Majlis diakhiri dengan bacaan Surah Al-Asr dan mesyuarat ditangguh pada jam 3.43 petang.



Disediakan oleh,

……………………….……….………….….

(TS TEH )
Setiausaha Kokurikulum,
SK Perempuan, Padang Rengas


Disemak oleh,

.......................…………………………..

(RAHIMEE BINTI JAMBI)
Penolong Kanan Kokurikulum
SK Perempuan, Padang Rengas


Disahkan oleh,

………………………………………..…….

(MD IBHARIM BIN ARRAFIN)
Guru Besar
SK Perempuan, Padang Rengas