Minit Mesyuarat Kali Pertama 2010

SEKOLAH KEBANGSAAN PEREMPUAN
33700 PADANG RENGAS, PERAK

MINIT MESYUARAT KOKURIKULUM KALI PERTAMA 2010

Tarikh : 18 Januari 2010
Masa : 1.30 petang
Tempat : Bilik Makmal Komputer

Kehadiran :
Pn. Hjh. Rahimee bt. Jambi PK Kokurikulum
Pn. Fatimah Nor bt. Md Redan – PK HEM
En. Ahmad Razman b. Mohd Radzi
Pn. Aishah bt Shahid
Pn. Aida Suriati bt. Safie
En. Hashimi b. Abdul Karim
En. Jamil b. Rashid Ali
En. Mohd Basri b. Mohd Robariee
Pn. Norasiah bt. Mat Kassim
Pn. Nurul Ashikin Ranjitha bt. Abdullah
Pn. Rohana bt. Abdullah
Pn. Rohani bt. Mohd Gaus
Pn. Hjh. Rosidah bt. Ahmad
Cik Rosmiati bt. Abdul Razak
En. TS Teh
Pn. Wan Zainab bt. Mehamad Nor
Pn. Zainizawati bt. Abdullah
En. Hanif b. Mohd Rashid
En. Kamarzaman b. Ibrahim
En. Sanrohimi b. Sepaat

Tidak Hadir :
Tn. Hj. Md Ibharim b. Arrafin – Guru Besar
Pn. Rosnida bt. Hassan – PK Pentadbiran
Pn. Siti Aishah bt. Ahmad (Cuti Bersalin)
Pn. Nora Hazlin bt. Mohamad Hashim (Cuti Bersalin)


AGENDA

1. Perutusan Timbalan Pengerusi – Penolong Kanan Kokurikulum

1.1 Majlis dimulakan dengan membaca Umul Kitab Al-Fatihah.
1.2 Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua guru dan staf bukan guru yang hadir.


2. Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat

Cadangan : Pn. Rohana bt. Abdullah
Sokongan : Pn. Nurul Ashikin Ranjitha bt. Abdullah


3. Pengesahan Jawatankuasa Induk Kokurikulum bagi Tahun 2010

Pengerusi : Tn. Hj. Md Ibharim b. Arrafin
Tim. Pengerusi : Pn. Hjh Rahimee bt. Jambi
N. Pengerusi 1 : Pn. Rosnida bt. Hassan
N. Pengerusi 2 : Pn. Fatimah Nor bt. Mohd Redan
Setiausaha : En. TS Teh
P. Setiausaha : Pn. Wan Zainab bt. Mehamad Nor
AJK (Kelab) : Pn. Zainizawati bt. Abdullah
AJK (Persatuan): Pn. Rohani bt. Mohd Gaus
AJK (U. Uniform):Cik Rosmiati bt. Abdul Razak
AJK (Lawatan) : Pn. Hjh. Rosidah bt. Ahmad, En. Jamil b. Rashid Ali


4. Perancangan Kokurikulum Tahun 2010

4.1 Pn. Hjh. Rahimee mengharap agar guru-guru akan memberi perhatian terhadap perkara-perkara di bawah:

4.11 Buku laporan dilengkapkan dan dihantar ke bilik PK.
4.12 Perancangan harus dibuat oleh murid, tandatangan oleh pelapor dan guru penasihat.
4.13 Perancangan yang tidak dapat disiapkan pada minggu tersebut, diharap dapat bersambung pada minggu berikutnya.
4.14 Terdapat gabungan persatuan, iaitu Bahasa Melayu/PKJR, Pendidikan Islam/Jenayah dan Pusat Sumber/SPBT
4.15 TOV dan target perlu dibuat.
4.16 Minit mesyuarat agong unit beruniform, persatuan akademik dan kelab permainan hendaklah disediakan.

4.2 Hari Kokurikulum yang bertemakan “Hari Keusahawanan” akan diadakan pada bulan Mei 2010.

4.3 Semua guru yang hadir dengan sebulat suara tidak bersetuju dengan cadangan PIBG, iaitu mengadakan Hari Kantin sempena Hari Kokurikulum.

4.4 Cadangan aktiviti-akviti Hari Kokurikulum adalah pertandingan dalaman, tayangan dan jualan barang-barang terpakai.

4.5 Pn. Hjh. Rosidah diminta membuat tinjauan dan menetapkan tempat untuk lawatan murid pada tahun ini.

4.6 Sukan tahunan akan dijalankan pada 24 Februari 2010.

4.61 Dicadangkan pengurus Petronas cawangan Padang Rengas sebagai perasmi.
4.62 Acara-acara yang dipertandingkan semasa sukan tara:-

i. Acara larian 50m
ii. Acara larian 100m
iii. Acara lompatan
iv. Acara lotaran

4.63 Acara olahraga Pra disediakan oleh guru Pra.

4.64 Cadangan hadiah:-

Tahap 2 (tahun 4, 5 dan 6) – bekas makanan plastik (plastic container)
Tahap 1 (tahun 1, 2 dan 3) – bekas makanan plastik

4.65 Kutipan RM2.00 daripada setiap murid untuk tujuan minuman dan makanan. Tempahan makanan dan minuman ini dibuat melalui pihak kantin sekolah. Wang baki akan digunakan untuk membeli buah-buahan untuk murid-murid.

4.66 Makanan guru semasa jamuan adalah dipakkan.

4.67 Acara waktu rehat – persembahan tarian pocoh-pocoh atau taekwondo.

4.68 En. Ahmad Razman akan menguruskan perihal t-shirt sukan untuk kakitangan sekolah.

4.69 Pn. Hjh. Rahimee membuka untuk perbincangan tentang tempahan banting dan tilam lompat tinggi



5. Hal-hal Lain

5.1 En. Teh bertanya tentang gabungan persatuan SPBT dengan Pusat Sumber.

5.2 En. Hashimi ingin mendapat kepastian sama ada olahraga zon masih ada lagi.

5.3 Penyertaan murid dalam olahraga zon pada tahun ini adalah tertumpu kepada pertandingan bola baling, bola jaring dan bola sepak sahaja.


6. Penutup

6.1 Majlis diakhiri dengan bacaan Surah Al-Asr dan mesyuarat ditangguh pada jam 2.50 petang.




Disediakan oleh,



……………………….……….............
(TS TEH)
Setiausaha Kokurikulum,
SK Perempuan, Padang Rengas




Disemak oleh,



………….…. ...................................
(RAHIMEE BINTI JAMBI)
Penolong Kanan Kokurikulum
SK Perempuan, Padang Rengas





Disahkan oleh,



………………………………………..…….
(MD IBHARIM BIN ARRAFIN)
Guru Besar
SK Perempuan, Padang Rengas